Saturday, October 24, 2009

rahmatnya



Allah memilih didunia nie saper yg sepatutnya dapat kasih sygnya… salah satu kasih sayangya ialah islam tue sendiri.

Syukur aku tidak terhingga dalam banyak2 agama.. nenek moyangku memilih islam sebagai jalan hidup mereka.. dan mungkin aku islam dari keturunan tp allah kurniakan aku dan pilih aku berada dijalan yg pernah dilalui oleh rombongan nabi dan para sahabat iaitu jln tarbiyyah. Walaupun pada ketika ini yang aku hanyalah mampu merangkak untuk terus berada dijln ini.tanpa islam dakwah dan tarbiyyah ,aku pun xtau siapakah aku sekarang…

Segala puji bagi allah yg memberi adk beradik, ibu dan ayahku yg memilih jalan ini juga… dan yg aku paling kagum ialah kepada ibu ku.. ibu aku seorg yg sgt garang dan kami adk beradik selalu mengelar ibuku sebagai super jeneral, ibuku bkn sepererti ibu org lain… yg pandai memuji @ menyebelahkan kami dalam segala keadaan,tetapi ibuku bejaya mewariskan kepada kami sesuatu yg tidak ternilai harganya ,ibuku sebagai ibu tunggal Berjaya mendidik kami yang seramai 7org (6 lelaki dan 1perempuan) untuk terus berada dijalan ini.. inilah apa yg diwariskan pd kami.

Dan aku sendiri tidak tahu.. adakah suatu hari nnt klo aku mendirikan rumah tangga.. aku mampu mendidik anak2 aku untuk terus berada dijalan ini.. berapa ramai ibu bapa yg memilih jalan ini tp tidak mampu membawa anak2 mereka untuk pilih jln yg sama.. jikalah klo ibu aku bkn seorg ibu yg tegas .. agak tidak mungkin juga.. kami adk beradik beradik berada dijalan ini.

Terima kasih allah yg telah mengurniakan pada kami islam, dakwah dan tarbiyyah. Jgnlah kau tarik nikmat ini pada kami. Berilah rahmat kepada kami, matikanlah kami dijalan ini. Sesungguhnya kami hambamu yg lemah, hanya kepadaMu kami bergantung.

No comments:

Post a Comment