Monday, October 26, 2009

bantulah aku ya allah

ya allah...bantulah aku... sesungguhnya engkau maha mengetahui segala sesuatu.. aku hambamu yg sgt lmh.. sama sekali tidak tahu jln keluar..
ya Allah jgnlah aku lakukan sesuatu atau mengambil keputusan sesuatu kerana hawa nafsuku...
aku mengharapkan pertolonganmu...
bantulah aku ya allah..bantulah aku...
jgnlah aku cari jln keluar yg salah...
hanya engkau tempat aku berharap....

Saturday, October 24, 2009

rahmatnya



Allah memilih didunia nie saper yg sepatutnya dapat kasih sygnya… salah satu kasih sayangya ialah islam tue sendiri.

Syukur aku tidak terhingga dalam banyak2 agama.. nenek moyangku memilih islam sebagai jalan hidup mereka.. dan mungkin aku islam dari keturunan tp allah kurniakan aku dan pilih aku berada dijalan yg pernah dilalui oleh rombongan nabi dan para sahabat iaitu jln tarbiyyah. Walaupun pada ketika ini yang aku hanyalah mampu merangkak untuk terus berada dijln ini.tanpa islam dakwah dan tarbiyyah ,aku pun xtau siapakah aku sekarang…

Segala puji bagi allah yg memberi adk beradik, ibu dan ayahku yg memilih jalan ini juga… dan yg aku paling kagum ialah kepada ibu ku.. ibu aku seorg yg sgt garang dan kami adk beradik selalu mengelar ibuku sebagai super jeneral, ibuku bkn sepererti ibu org lain… yg pandai memuji @ menyebelahkan kami dalam segala keadaan,tetapi ibuku bejaya mewariskan kepada kami sesuatu yg tidak ternilai harganya ,ibuku sebagai ibu tunggal Berjaya mendidik kami yang seramai 7org (6 lelaki dan 1perempuan) untuk terus berada dijalan ini.. inilah apa yg diwariskan pd kami.

Dan aku sendiri tidak tahu.. adakah suatu hari nnt klo aku mendirikan rumah tangga.. aku mampu mendidik anak2 aku untuk terus berada dijalan ini.. berapa ramai ibu bapa yg memilih jalan ini tp tidak mampu membawa anak2 mereka untuk pilih jln yg sama.. jikalah klo ibu aku bkn seorg ibu yg tegas .. agak tidak mungkin juga.. kami adk beradik beradik berada dijalan ini.

Terima kasih allah yg telah mengurniakan pada kami islam, dakwah dan tarbiyyah. Jgnlah kau tarik nikmat ini pada kami. Berilah rahmat kepada kami, matikanlah kami dijalan ini. Sesungguhnya kami hambamu yg lemah, hanya kepadaMu kami bergantung.

Wednesday, October 21, 2009

penyampai asmaa'

tanda2 hati yg sihat...
1)hijrah dari dunia ke akhirat- yang mana klo saya fhm jika selama nie kita wat sesuatu sebab nak kejar kedunia.. switch diri kita untuk kejar akhirat.
2)mendorong kembali pd allah- tingkatkan amalan.
3)xberhenti berzikir pd allah- berzikir nie maksudnya kita kena slalu kita ingat kat allah. allah suruhkita tgk ciptaannya.. xyah tgk benda lain, ckp dgn tgk diri sendiri. nikmat terkecil yg allah anugerahkan kat kita ialah bernafas jadi kita tgk struktur penafasan yg allah cipta, ini baru nikmat terkecil, klo terbesar apatah lagi.
4)merasai sakit ketika lalai-bila kita lalai kita selalu wat bnda yg sia2 jd kita kena rasa rugi, rasa xsonok.
5)lupa dunia ketika solat- nie memang kena gerenti khusyuk..
6)merasai nikmat ketika ibadah.
7)mempunyai matlamat yg tunggal- bercita2 bila kat akhirat nnt kita nak lihat wajah allah & dan nak duduk dgn rasullah.
8)menghargai masa- pnh x kita fikir, rasullah tue.. dia jd suami jadi hamba allah,khalifah, jadi atuk, jd ayah, jd suami, jadi jiran jd sebahagian dari masyarakat.. tp dia sentiasa ada masa untuk semua... tp kita??erm...
9) berusaha untuk membetulkan kesalahan-pnh ada ulama' dr palestin dtg ktd.. dia kata nak istiqamah dlm tarbiyyah nie, kita kena mujahadah lwn maksiat yg kita lakukan, kita xmungkin maksum.. tp apa yg perlu kita wat ialah, cuba elak dari lakukan maksiat(kesalahan) dan tingkatkan amal.
kesimpulanya..kita mumpunyai matlamat yg tunggal ialah ingin kembali kepada allah dlm kdaan hati yg sejahtera dan yg mana seluruh kehidupan kita kena arahkan semata2 kerana allah.

diantara pesanan terakhir nabi ialah, hendaklah org yg hadir ( dlm majlis ilmu) memberitahu aper yg dia tahu kepada org yg tidak hadir. mgkin org yg tidak hadir itu lbh faham dari org hadir.

penyampaian cgu mai

pesat cgu mai....

kita hidup didunia pentempuran, iaitu petempuran antara nafsu dan iman. apabila kita lbhkan nafsu dari iman, kita akan membuka satu pntu pada syaitan. syaitan mempunyai 7 pintu, dan kuncinya ada pada kita. tapi aper yg kita buat.. kita selalu membenarkan syaitan melaluinya.7 pintu itu ialah:
1)mata- mata xjemu memandang, tgk benda yg allah haramkan,
2)lidah-xjemu bercakap,manusia ssh untuk kawal lidah.umar abdul aziz berkata," andai kita bnr jaga lidah kita, kita akan jaga nya ibarat kita jaga diri kita dalam ihram, tp biasanya xbegitulah.malah org yg xpandai jaga lidah nie byk melakukan dosa yg mana org ini,ckp xpernah fikir dan terus bercakap. dia nie slalunya akan berbuat dosa pada mak, ayh,abg,adk dan bila dah kawin pula dia akn buat pula pada suaminya. jadi ape yg perlu kita buat bila kita nak bercakap?? mula2 tahan diri untuk bercakap, dan tgk@cek blk kita berckp kerana allah@sbb lain. klo btl kerana allah kita xleh diam.

pintu-pintu yg lain ialah, kemaluan ,pendengaran,sentuhan,kaki, tangan yang mana sebenarnya bahagian2 inilah allah tuntut ubudiyyah padanya. klo kita xamampu jaga benda nie, kita pasti akn kalah pada nafsu dan mukjizat (al-quran) xkan berkesan pada kita. padahal allah jadikan al-quran ini hidup.. sepatutnya apabila dia(al-quran) jatuh pada hati yg mati, hati itu akan hidup semula. bila dia(al-quran) datang pada hati yg gelap, hati itu bercahaya. percayalah pada satu perkara, al-quran ini mukjizat terbesar bagi kita di akhir zaman ini, apabila dia mampu menyerap walaupun sedikit kat hati kita. dia mampu menjadi bekal sepanjang hayat.. kerana al-quranlah yg mengubah para sahabat yg sebenarnya lbh kurang mcm kita pada awalnya..@lbh teruk dari kita, kepada individu yg sgt luar biasa.. tapi ape yg org skg slh function terhadap al-quran ialah al-quran bukan hanya tempat nak dapat pahala. dan tertanya2 x... kenapa quran xfunction dalam kehidupan kita??
1)diselaputi oleh dosa
2)xfaham bila bacanya
3)hati yg lalai
4)hati yg tertutup
5)cinta pada dunia (hijab yg besar)
6)hati yg xkhusyuk ( hati yg x fokus pd kalam itu dan x fokus dlm solat)

aper yg dikatakan fokus pada kalam??
pernah x korg dpt surat dari seseorg yg korg sgt2 syg cnthnya, mak,ayah, adk, abg @kekasih?? mcmmana korg baca surat tue?? mestilah baca word by word ... dan diikuti dengan emosi dan aper jer yg diperkatakan anda akn obey aper yg dia tulis dlm surat tue... tp andailah org yg bagi tue xder paper erti dlm hidup anda (ada @xder dia sama jer ), mcmmana perasaan anda timer surat dari org tue?? mesti biasa2 kan .. mcm xder erti pun. jadi ... blk pada persoalan asalnya..mcm kita baca quran??
mcm dari seseorg yg kita sgt2 syg atau sebaliknya?? klo allah ini btl2 bererti bagi kita pasti kita membacanya seperti surat org yg kita syg jika tidak sebenarnya allah tidak ada erti bg kita. dan sebenarnya... bila kita mengucapkan allahhuakbar, ada akbar yg lbh besar disamping kita.

ahmad qutb;
how much ALLAH means to us??
relationship............>>LOVE
............>>FEAR
............>>HOPE
bila 3 benda nie kita bagi kat org lain selain allah dia dah jadi syirik lillah. sebab perkara ini bknlah perkara yg kecil. bila solat khusyuk pasti solat ini akan menimbulkan 3 perkara ini klo x kira solat nie xfunction.

allah juga berfirman dalam al-quran : org yg bertilawah ialah org yg membacakan kitab dengan semestinya.

tilawah bermaksud, menghampiri, membaca,faham semua mesti terlibat, dari segi perasaaan, akal tubuh bdn... mesti sama2 hadir ketika kita membacanya.

dalam satu hadith sohih mengatakan, akn datang masanya org2 baca quran xlbh dari halqum.
hadith di atas bermaksud.. org nie x baca dengan bertilawah seperti yg disebutkan di atas bkn dengan tilawah yg kita fhm. jadi marilah kita sama2 cek.. adakah kita diantara org yg diperkatakan oleh hadith tersebut?? yang mana hati kita xmampu beri respons pd kalam allah.
cek hati kita adakah dia sakit??
ciri2 hati yg skt...dia mls beribadat, bila beribadat xrasa, hati yg xder perasaan lgsg pd penciptanya. padahal function of heart is to communicate to allah, tp dia break down.
jd...bukalah hati anda walaupun seketika, pasti ia cukup untuk seluruh kehidupan anda. dan pastikan kita tidak mengagungkan yg lain lbh dari allah atau meletakkan allah sama darjat dengan manusia biasa. dan pastikan anda mampu menjawab pertanyaan malaikat di kubur kelak mengenai allah, rasullullah dan al-quran.
jadi aper yg perlu kita buat ialah mewajibkan diri duk dlm tarbiyyah. sebab trbyhlah yg mampu menyucikan jiwa dan menjaga diri kita. kerana jika sesiapa yg xmenyucikan jiwanya.. haram baginya syurga.
aper yg menyucikan diri kita ialah quran dan aper yg allah syariatkan.

dlm pesanan terakhir nabi mengatakan, sampaikanlah ilmu yg kamu tau,kepada org yg tidak hadir. mungkin org yg tidak hadir lbh fhm dari org yg hadir.




Tuesday, October 20, 2009

Ingin dicintai??

Kamu & Dia...

"jika kamu ingin tahu dimana kamu d cc allah, maka lihatlah dimana allah d cc kamu.."

hikmah sebalik musibah

em.. jom kita sama2 renung kisah ini..
ada seorg raja yang keluar memburu dgn penasihatnya...allah nak izin masa memburu jari keliking raja tersebut cedera.. bila raja tue jumpa doktor.. doktor tue kata,"erm, nampaknya xleh wat paper dah kecuali potong jer jari tersebut, raja pun berasa sgt.. sedih lantas memberitahu kpd penasihatnya..aper yg doktor tue ckp.. penasihat tue cuba bagi respon, dengan berkata: itu lebih baik dari tuanku hilang kesemua jari. bila mendengar kata2 dari penasihatnya itu, raja tersebut murka, lantas memenjarakan penasihatnya.... jadi raja tue lantik penasihat baru..

pada suatu hari,raja tue keluar memburu dengan penasihat barunya, tiba2...ntah mcmmn, depa ditangkap oleh sekumpulan org asli.. org asli yg tgkp depa nie, adalah org asli yg mengorbankan manusia sebagai penyembahan kepada tuhan mereka... mula-mulanya penasihat tersebut jadi korban, kemudian sampailah waktu raja tue pulak untuk dikorbankan....sebelum depa korban depa cek bdn raja tersebut,bila depa cek2 bdn raja tue.. tengok2 raja tue xleh jadi bhn korban.. korg ingat pasal aper??

mestilah sebab raja tue dikira cacat, sebab tidak memiliki satu jari, jadi x cukup syarat sebagai bahan korban...maka raja itu dilepaskan.

bila raja tue pulang ke istana, apa perkara yang dilakukan ialah melepaskan penasihatnya, kemudian dia cerita aper yg terjadi.. dan kemudiannya penasihatnya berterima kasih kepada raja tersebut sebab memenjarakanya..andai katalah dia x dipenjarakan nescaya dia dah mati..

apa hikmah yg allah letak ialah.. allah bagi suatu cubaan yg mereka rasa buruk pada mulanya kemudian, cubaan bertukar menjadi suatu yg sgt baik.
hikmah dari jarinya yang hilang, diganti dengan sesuatu yang sgt bernilai iaitu nyawanya, dan begitu juga bagi penasihatnya.. walaupun dia agak merana dipenjarakan tp dengan sebab itu jugalah dia masih hidup.

banyak benda yang kita xsangka dalam kehidupan kita nie... kdg2 aper yg kita nak x jadi.. tp kita selalu xterfikir.. yg allah nak bg yg lebih baik dari aper yg kita sangka. allah turunkan hujan panas kat kita,rupa2nya lpstue allah nak bg kita pelangi yang cantik.

sebagai motivasi diri saya sendiri jika nak tau dimana kamu d cc allah, maka lihatlah dimana allah d cc kamu, dan allah sgt sygkan hambanya dan xmungkin bg allah menzalimi hambanya.. jika x, x mungkin allah hantar nabi muhammad kat kita dan jadikan islam sebagai rahmat.