Thursday, March 18, 2010

bersyukur dengan nikmat dan bersabar atas nikmat

bersyukur atas nikmat dan bersabar atas nikmat itu yg dipesan oleh cikgu mai terhadap ku.. oh.. hanya tinggal esok hari sahaj aku akan bergelar isteri bagi umar afifi.. bercampur gaul perasaan di hati.. ada pesan dari seorg doktor perempuan bahawa kesabaran seorg isteri terhadap suami betul2.. berada di paras hidung.. iaitu hampir sukar bernafas... tapi kedua2 org pesan perkara yg sama iaitu ...suamimu ialah syurgamu.. jadi kejarlah.. jika kamu mahu syurga dihujungnya..

mak.. akak tahu x mungkin bagi mak baca blog akak.. tapi.. banyak perasaan yg akak nak ucapkan pada mak.. xpuas untuk akak bermanja, jadi teman gdh, main2.. tapi ini lah satu2 jalan yg akak pilih.. dan i.alllah allah tahu sebabnya. jika bukanlah kerana kasih akak pada mak, akak xkan meneruskan niat ini.mak minta maaf banyak2 semasa syurgaku dibawahmu.. banyak perkara yg akak amik ringan atas teguran, kasih syg, pengharapan.. maafkan akak atas segala kesalahan.. doakan akak.. akak harap dapat bagi satu syurga pada mak.. akak sayang sgt kat mak.

bagi abg2 dan adik2.. maaf seringkali xmenerima teguran.. xmampu jadi adik dan kakak yg baik.. harap sgt korg dapat masuk ngan bakal suami iman.. Allah bagi perasaan sayang iman pada korg sgt tinggi, terima kasih sentisa menjaga..menegur.. moga allah kumpulkan kita bersama di akhirat kelak.. moga2 kita xmendakwa satu samalain.. isam, abu, saif, wafi, pipi,aman,adam,puteri, amat moga allah satukan hati, fikrah kita bersama walaupun kita mempunyai keluarga masing2 kelak... maafkan iman.. doakan iman.

kawan2/ sahabat2 terima kasih atas sokongan dan dorongan..moga allah membalasnya..
doakan sya yg sangat lemah.. hanya allah sahaja yg tahu rentak hati yg bedegup.. jika kawan2 kata iman mesti teringat saat indah ngan suami.. tapi sebenarnya iman x fikirpun tentang itu apa yg iman fikirkan.. saat beralih syurga dan tanggungjawab yg akan dipikul sebab beralihnya fasa baru..

apa2pun doakkanku.. moga allah beriku kekuatan

Tuesday, March 2, 2010

menanti hari

sedar tidak sedar hampir 2 minggu lagi sahaja tinggal untuk menyiapkan diri, bila didalam kolej ada sahaja yang mengusikku, mengatakan mukaku ada seri pengantin.. tapi apa yng sebenarnya apabila semakin dekat.. didalam hati ini bukan lebih pada perasaan gembira. tetapi takut, risauan, dan banyak hal lagi.

sebenarnya bukan seri pengatin yg depa nampak dimuka ku.. tetapi tension pengatin.. semakin dekat.. semakin banyak ujian, sampai satu tahap.. aku terpaksa asingkan kehidupan ku dengan orang di sekelilingku. hanya allah yang memegang hatiku hanya dia yang tahu.

mugkinlahh ujian yang diberikan padaku untuk belajar bergantung harap hanya padaNya.kerana walaupun selepas walimah saya dan bakal suami tidak tinggal bersama,dengan kesibukkan saya dan bakal suami dalam belajar dan prog, ntah bila pula kami akan berjumpa. dan apa yg apa saya fikirkan ketika ini ialah
1)HDA yang sangat cetek
2)persiapan ruhi sangat kurang,
3)pelajaran kena kejar sebelum majlis berlangsung, dan xnak perkahwinan sy menjadi fitnah
4)persiapan kahwin yang xtau statusnya.. most of mak yang tolong, (terima kasih mak)
5)tempat tinggal lps kawin di kelantan dan s.alam
6)masa cuti yang kena bahagikan antara suami, mak, mak mertua,pelajaran
7)masa yang tidak teratur, x pandai disiplin diri. amat meletihkan
8)duit untuk travel dan sewa rmh di dua2 buah negeri kami bljr.

ada pula kerisauan yang bertunjang di hati kedua ibu kami, iaitu risaukan saya hamil dalam belajar, kerana walaupun pada keadaan biasa seringkkali juga saya sakit. tetapi apa yng dipesan oleh seorg abg senior merangkap mantan lect saya kata, kita x perlu fikir apa yng akan berlaku selepas kawin, tetapi apa yang penting siap diri dan serah apa yng berlaku kepada allah selain, semua perancangan itu hendaklah di buat bersama tetapi selepas kahwin.

dan apa yang penting sebenarnya iman rasa wat masa nie.. cuba sehabis baik dan doa.. dalm setiap kerja. kawan2ku.. mohon sngat doa dari kalian untukku.Ya Allah sebenar-benarnya engkaulah kekasihku,