Tuesday, March 2, 2010

menanti hari

sedar tidak sedar hampir 2 minggu lagi sahaja tinggal untuk menyiapkan diri, bila didalam kolej ada sahaja yang mengusikku, mengatakan mukaku ada seri pengantin.. tapi apa yng sebenarnya apabila semakin dekat.. didalam hati ini bukan lebih pada perasaan gembira. tetapi takut, risauan, dan banyak hal lagi.

sebenarnya bukan seri pengatin yg depa nampak dimuka ku.. tetapi tension pengatin.. semakin dekat.. semakin banyak ujian, sampai satu tahap.. aku terpaksa asingkan kehidupan ku dengan orang di sekelilingku. hanya allah yang memegang hatiku hanya dia yang tahu.

mugkinlahh ujian yang diberikan padaku untuk belajar bergantung harap hanya padaNya.kerana walaupun selepas walimah saya dan bakal suami tidak tinggal bersama,dengan kesibukkan saya dan bakal suami dalam belajar dan prog, ntah bila pula kami akan berjumpa. dan apa yg apa saya fikirkan ketika ini ialah
1)HDA yang sangat cetek
2)persiapan ruhi sangat kurang,
3)pelajaran kena kejar sebelum majlis berlangsung, dan xnak perkahwinan sy menjadi fitnah
4)persiapan kahwin yang xtau statusnya.. most of mak yang tolong, (terima kasih mak)
5)tempat tinggal lps kawin di kelantan dan s.alam
6)masa cuti yang kena bahagikan antara suami, mak, mak mertua,pelajaran
7)masa yang tidak teratur, x pandai disiplin diri. amat meletihkan
8)duit untuk travel dan sewa rmh di dua2 buah negeri kami bljr.

ada pula kerisauan yang bertunjang di hati kedua ibu kami, iaitu risaukan saya hamil dalam belajar, kerana walaupun pada keadaan biasa seringkkali juga saya sakit. tetapi apa yng dipesan oleh seorg abg senior merangkap mantan lect saya kata, kita x perlu fikir apa yng akan berlaku selepas kawin, tetapi apa yang penting siap diri dan serah apa yng berlaku kepada allah selain, semua perancangan itu hendaklah di buat bersama tetapi selepas kahwin.

dan apa yang penting sebenarnya iman rasa wat masa nie.. cuba sehabis baik dan doa.. dalm setiap kerja. kawan2ku.. mohon sngat doa dari kalian untukku.Ya Allah sebenar-benarnya engkaulah kekasihku,

No comments:

Post a Comment