Wednesday, July 14, 2010

hampir 4 bln perkahwinan



alhamdullilah segala puji bagi Allah..memberi kesempatan untuk menulis sedikit coretan ini.. usia perkahwinanku hampir mencecah 4 bulan. walaupun jgka masanya tidak berapa lama.. tapi.. byk perkara telah berlaku.
sesungguhnya aku rasa sgt bersyukur kerana dianugerahi seorg suami penyejuk hati.. yg sgt baik, sgt menjaga hak, sgt sabar dalam setiap perkara. mmg dari bujangnya lagi aku bukanlah seorg yg memiliki kesihatan yang baik, dan suamiku sudah sedia maklum tentang perkara itu. kadangkala, badanku menjadi lemah, dan kadangkala sakit yg menyerang menyebabkan aku tidak mampu tidur malam.ketika aku dalam keadaan begitu, suamiku menjagaku sepanjang malam, walaupun pada pkl 3pagi, dia bertahan melayanku dengan memasakkan bubur.. membancuh air, menuam badanku dengan tuala yg lembab sambil duduk mengalunkan al-quran sehinggalah aku tertidur.

kami bukanlah seperti pasangan yg lain, kerana kami tingal berasingan.. dan duduk berjauhan. saya di kelantan dan suami di shah alam. kami hanya boleh bertemu jika masing2 ada kelapangan. kadangkala kami bertemu diperak,s.alam, johor atau kelantan. kadangkala terpaksa menahan rindu untuk bertemu kerana kengkangan dari segi program, keewangan, dan kdaan sekeliling yg menuntut kami melakukan kerja2 lain terlebih dahulu.

apa yg saya belajar didalam perkahwinan ini ialah, belajar erti bersyukur ats nikmat , sabar atas nikmat, bersifat sederhana dengan apa adanya, blaja berkongsi, belaja memahami.ada yang menyangka bahawasanya saya menjadi org yg mewah setelah berkahwin kerana mempunyai wang nafkah dari suami setiap bulan, sebenarnya apa yg berlaku ialah, sy bukanlah semewah yg d sangkakan kerana kami masing2 masih blaja, ada juga masanya kadangkala kami kedua2nya tiada duit, jadi apa yg kami buat ialah diam,bersabar dan yakin Allah telah janjikan rezekinya untuk kami, yakin Allah Maha pemberi rezeki.. bak kata cikgu mai yg menceritakan pengalamanya kepada sy sebelum sy diijab kabulkan" m.cik dan p.cik rosdi berkahwin semasa belajar, dan kami bukanlah ada duit sgt tapi tiada sehari pun m.cik berlapar, tidak makan nasi,". dari kata2 ini sy yakin yg Allah membuka pintu rezekinya kepada siapa yg mengikuti sunnahnya iaitu berkahwin . perkahwinan antara sekolah yg terbaik. suami isteri adalah pelengkap antara satu sama lain, dlm diam juga sbnrnya isteri menjadikan suaminya sebagai khudwah (ikutan@ contoh). dan isteri pula merupakan tulang belakangnya. dan tiada matlamat yg lain sebagai asasnya ialah,iaitu saling bantu membantu untuk mendapat syurga Allah, saling mendapat redho Allah . dan mengharapkan kami pulang padanya dengan hati yg bahgia.

No comments:

Post a Comment