Thursday, February 4, 2010

cerita darah manis



ketika ini aku sibuk mengajak kwn2 ke majlis perkahwinan . uh.. tgl hanya beberapa detik sahaja lg syurgaku akan berubah arah. dan tgl beberapa waktu lg.. aku ingin mengejar syurga untuk ibuku.. kerana anak perempuan yg solehah sblm walimah bleh menjadi jaminan ibunya masuk syurga, dan jika sebaliknya.. mka dialah penarik ibunya ke neraka. nauzubillah.. maka dirikulah menjadi penentu bagi ibuku.. kerana akulah anak tunggal perempuan d dalam keluarga.

masa-masa berlalu dengan cepat.. jika pandang kembali kebelakang.. terasa betapa ruginya masa2 muda yg ku lalui.. ya Allah bantulah aku, kasihnya aku pada ibuku.. janganlah diKau siksa ibuku.. kerana kesalahan ku.

pada suatu hakikat pula.. ketakutan sentiasa bermain dijiwa.. sudah pasti berbeza antara seorang suami dan ibu. bahkan tanggungjawabku menjadi semakin besar dan bertambah, bkn sahaja pada suami tetapi pada ibu dan ayah mertua, adk ipar. takut dengan hadirnya aku bukan untuk meringankan seisi rmh tp malah menjadi beban. takut tidak dpt menjalankan tgungjawab sepatutnya sebagi seorg isteri, anak, menantu,kakak, ibu. dengan seribu kelemahan.. ya allah, bantulah aku.

ramai kwn-kwnku bertanya, tak rasa muda ker?? ada yang menyokong dan ada juga tidak setuju, apa yg mampu aku katakan, jodoh ini apabila allah mudahkan dan keputusan untuk berkahwin ini bukanlah perkara yg main-main dan aku tau, aku akan menghadapi byk perkara masa-masa akan datang dan mustahil untuk patah balik kebelakang jika sesuatu terjadi. dan tidak siapa tahu kenapa aku bertegas dengan keputusan ini selain allah.

aku mempunyai 1000 kelemahan, tp bertuahnya aku mendapat org yg dapat menerima aku dengan seribu kelebihan yng dia ada,walaupun dia tahu kelemahanku. abang-abangku sentiasa berpesan kepada realiti sebenar seperti:" sebelum kahwin, semua indah, maka tunggulah selepas kahwin". tp aku jernihkan fikiran dgn, tidak salah untuk kita positif.. tidak semua perkahwinan dan tidak semua org macam tu.

jadi kata2 untuk bakal suamiku,ana bukanlah seorg wanita yg sempurna.. malah ana ialah org yg mempunyai seribu kelemahan maka tetapi didiklah ana. mgkn ana agak degil jadi bersabarlah, ana bercita menjadi tulang belakang anta dalam DNT. didiklah ana menjadi seorg isteri dan ibu kepada mujahid dan mujahidah.satu perkara yg utama ana menerima anta ialah, fikrah yg sama dan mimpi yg serupa.

pada kawan-kawan, allah bg kesempatan yg besar untuk korg yg masih anak dara nie berbakti pada ibu dan ayah, mgkn lps kawin bkn xboleh tp terhad. tp bila sampai waktu untuk walimah, pilihlah yg mempunyai mimpi yg sama. supaya mimpi-mimpi itu tercapai di titik akhir perjalanan kita.

2 comments:

  1. mimpi yang sama....telah tertulis di Lauh Mahfuz,Allah maha mengetahui siapa yg terbaik utk seorang serikandi Islam...

    moga antum sentiasa dalam rahmat Allah.barakallahulakumawabaraka...

    ReplyDelete
  2. fikrah yg sama
    mimpi yang sama

    alhamdulillah..moga Allah berkati kalian berdua.

    p/s: iman!! x sabo nak btemu sama kamu..rindu:)

    ReplyDelete