Friday, December 4, 2009

akhlak seorg gds@wanita@perempuan



”….katakanlah,’sesungguhnya Allah tidak menyuruh kamu (melakukan ) perbuatan yang keji.’ Mengapakah kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”(Al-A’raf:28)

Ramai orang sekarang sedar atau tidak sedar menetang syariat allah, dan apa yg lebih menyedihkan apabila mereka bangga dengan dosa-dosa atau perkara-perkara yang buruk yang mereka lakukan. Seorg perempuan malu untuk bercakap, berjalan , dan melakukan segala pebuatannya secara sopan santun kerana malu diejek oleh kawan-kawan “control ayu”.

Bukankah rasullah diutuskan untuk sbg penyempurna akhlak,contoh suri yg terbaik. Malu rasullah itu lebih dari seorg anak gadis. Tapi pada realiti sekarang, seorg perempuan tidak malu untuk cakap lbh lantang dari seorg lelaki(kerana seburuk-buruk suara ialah suara himar), tidak malu dari seorg lelaki dlm semua keadaan.tetapi tak bermaksud bila bercakap dengan lelaki mengenai urusan kerja kita perlu malu-malu, tetapi tidaklah pulak tidak malu-malu, tapi biarlah pertengahan,dan sedikit hormat dengan org yang kita berinterasi,bukankah akhlak wanita solehah itu syariat dari allah juga?? Maka jika kita tidak berakhlak seperti mana digariskan maka kita juga menentang syariat Allah. tetapi tidak bermaksud semua perkara wanita perlu malu kerana rasullah suka wanita ansar yg berani bertanya mengenai ilmu.

Pernah suatu ketika, pada waktu sekolah menegah sy mengatakan yg saya mahu jadi solehah sikit-sikit jer, tiba-tiba ada seog kakak menegur.. iman, iman nak masuk syurga tak?? Sbb allah hanya menerima org yg betul-betul solehah jer boleh masuk syurgaNya bukan suku-suku@setengah-setengah sbb islam itu syumul.

Rasullah bersabda:

“tak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seseorg hamba pada hari kiamat kelak daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya Allah membenci org yg buruk atau keji akhlaknya.

Tapi bukan mudah untuk berakhlak baik, lagi-lagi jika org membuat sesuatu yg buruk pada kita.contohnya, Dalam kehidupan seharian kita, kita sering sukar untuk berlapang dada lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan. Ada sahaja yang terlintas dibenak supaya membalas perbuatan mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara. Tapi kita perlu berfikir, dan periksa kembali hati, niat kita berkawan. Adakah Ikhlas kerana allah kita berkawan ??atau mengharapkan balasan dalam perhubungan itu.

Pemimpin para pujangga(Ahmad syauqi) berkata; Kebaikan urusanmu kembali pada akhlak maka nilailah diri dengan akhlak,nescaya ia akan lurus.mari kita renung kembali, adakah akhlak kita mampu memberatkan timbangan?? Atau meringankan timbangan

Marilah kita didik diri untuk menjadi seperti apa yang allah nak atau apa yang allah syariatkan, dan bukanlah mudah untuk didik diri supaya jadi wanita yangmempunyai akhlak yang soleh tetapi kita mesti terus melalui proses tarbiyyah ini, kerana tarbiyyah bkn segala-galanya tetapi segala-galanya akan dapat melalui tarbiyyah. Akhirnya, Pada hujung kehidupan kita tidak ada yang lebih kita harapkan selain kembali kepada allah dlm keadaan hati yang sejahtera.

No comments:

Post a Comment